Menurut kajian dari College of Podiatry, UK, penggunaan kasut tumit tinggi hanya mengambil masa 1 jam enam minit dan 48 saat saja untuk mencederakan tumit kaki si pemakai. Kaji selidik melibatkan 2000 wanita dan lelaki, kesakitan bermula selepas hanya 10 minit mereka mengenakan tumit tinggi. Jadi, apa tips yang perlu dilakukan bagi mengurangkan rasa sakit kaki bila pakai kasut tumit tinggi.
Jangan sekali-kali membeli dalam talian( online shop)
Ini merupakan kesilapan yang biasa dilakukan para wanita. Disebabkan teknologi yng makin canggih, semua barang atau keperluan boleh didapati di hujung jari saja, hanya pergi ke web kesukaan anda dan pilih mana yang berkenan. Seperti anda lakukan jika ingin beli kasut tumit tinggi. Cuba bayangkan kasut yang anda beli terlalu besar atau saiz tidak sesuai dengan anda, mesti anda menyesal bukan. Anda hanya ukur kaki anda tanpa mengenakannya terlebih dahulu. Lainlah kalau anda beli kasut flat, masih boleh diterima.
Adakah tumit anda dalam kedudukan yang betul?
Ramai orang kata kasut baji atau wedges baik dan tidak sakit berbanding dengan tumit tinggi. Tapi semua itu bergantung dengan kedudukan tumit anda dan keselesaan anda ketika memakainya. Apa yang penting bukanlah gaya atau ketinggian/ketebalan tumit, ianya bergantung pada kedudukan kasut itu sendiri. Fleksibel atau tidak kasut yang anda kenakan.
Letakkan kaki dengan ais
Selepas memakai kasut tumit tinggi, mungkin kaki anda akan mendapat bengkak, jadi apabila anda pulang ke rumah, cuba rendamkan kaki ke dalam air yang sejuk diisi ais selama 15 minit. Ini berkesan untuk kurangkan bengkak. Sebelum anda tidur, pastikan anda pakai krim kaki, ianya mengambalikan kelembutan kaki di samping mencegah daripada keretakan.
Jenama apa yang terbaik
Tidak semua tumit adalah sama tetapi kebanyakkan jenama tinggi jalanan mempunyai bentuk tumit yang selesa. Sebagai contoh anda boleh mencuba kasut dari jenama Clarks, Hush Puppies, Jimmy Choo dan banyak lagi. Yang pasti sebelum beli, cuba dahulu untuk elakkan sakit kaki.
sumber |