Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

[ Tips Kesihatan ] 5 cara untuk atasi perut buncit secara sihat

by Aida Sue
July 25, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

perutbuncit

Selain kurang indah dilihat, perut buncit juga boleh menimbulkan banyak masalah bagi manusia. Mulai dari menyekat ruang pergerakan hingga potensi mengalami penyakit-penyakit kronik adalah beberapa perkara negatif yang boleh menyusahkan diri kita.

Bagi anda yang ingin sihat dan tampil segar, berikut 5 cara untuk mengempiskan perut buncit.

IKLAN

1. Jangan Lewatkan Waktu Makan

Apabila anda melewatkan waktu makan, tubuh bakal memberi respons dengan meningkatkan kadar kortisol, nafsu makan dan kemudian menyimpan lemak, terutama di bahagian perut.Sangat disyorkan untuk mengambil makanan dalam jumlah yang kecil dan mengudap makanan sihat. Dua perkara ini dapat mengendalikan hasrat makan yang luar biasa akibat lapar dan juga menjaga metabolisme agar tidak terjadi penimbunan lemak.

2. Pilih jenis makanan

Menghilangkan karbohidrat dalam list makanan anda adalah tidak tepat kerana ianya tetaplah diperlukan. Ketika anda diperhadapkan dengan makanan-makanan mengenyangkan maka pilihlah salah satu jenis saja. Selain itu, pasti kadarnya cukup bagi tubuh. Apabila andamerasa lapar di malam hari, gantilah nasi atau roti dengan buah-buahan.

3. Jangan Makan Makanan Manis

Gula adalah musuh ketat bagi perut yang rata. Sebab saat dimakan berlebihan, gula akan disimpan sebagai lemak. Jika anda ingin makan gula-gula, makan saja buah-buahan seperti blueberry, raspberry dan strawberi.

4. Sukan wajib setiap hari

Bukan hanya menjaga pola dan memilih jenis makanan, sukan juga hal yang tidak boleh dilupakan. Untuk mengecilkan perut sebaiknya lakukan sit-up beberapa kali di pagi hari. Sit-up yang teratur telah terbukti dapat membentuk otot perut dan mengecilkannya. Bila anda tak mempunyai masa untuk melakukan sit-up, cubalah perbanyak berjalan kaki setiap harinya.

IKLAN

5. Atur pola hidup

Mendisiplinkan diri dengan hal-hal positif dan menyihatkan akan melahirkan sebuah pola hidup yang baik bagi diri anda. Bukan hanya dapat meningkatkan semangat hidup, tetapi juga mampu mengurangkan risiko timbul penyakit.

Tags: [ Tips Kesihatan ] 5 cara untuk atasi perut buncit secara sihatatasi perut buncitinfo kesihatanperut buncit
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan