Fenomena tasik berwarna pink di Tasik Hiller, Australia Barat telah menimbulkan tanda tanya di kalangan para saintis kerana mereka tidak dapat mencari punca kenapa tasik itu kekal dalam warna pink, sedangkan kehadiran alga langsung tidak dapat dibuktikan. Dikhabarkan keunikan Tasik hiller ni membuatkan penumpang kapal terbang yang melalui kawasan tasik tersebut tidak ketinggalan bangun dari kerusi dan melihat sendiri keindahan Tasik Hiller. Dipercayai tasik ini pertama kali diterokai oleh pengembara British, Matthew Flinders pada tahun 1802. Tasik itu sebelum ini tidak pernah diganggu dengan sebarang aktiviti yang boleh mengakibatkan kerosakan ekosistemnya kecuali terdapat sebuah operasi penghasilan garam yang terletak berdekatan dengan kawasan tasik tersebut.
Tasik Hiller yang unik ini bukan sahaja kelihatan cantik tetapi ia juga masih tidak dapat dirungkai oleh para saintis mengapa airnya berwarna begitu. Setakat ini ianya masih menjadi misteri dan belum dapat di selesaikan. Namun tidak kurang juga ada spekulasi mengatakan warna ‘merah jambu’ itu datang daripada hidupan yang tinggal di dalam tasik itu seperti ‘Dunaliella Salina’ dan ‘Halobacteria’ malah satu lagi teori bagaimana tasik itu boleh berwarna merah jambu ialah daripada bakteria ‘Red halopilic’ yang terdapat dalam ketulan garam yang mana terdapat dalam tasik tersebut. Tetapi kedua-dua teori ini masih belum ada kesahihannya. – sumber