Ramai dah tahu mengenai pelakon Abby Abadi yang sudah pun melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan yang 12 tahun lebih muda daripadanya iaitu Farhan, 24 tahun. Selepas dah berkahwin ni, Abby banyak memuat naik gambar-gambar gembira bersama suaminya dan juga tweet-tweet mengenai perkahwinan dan cinta. Dia juga menggalakkan peminatnya agar bercinta lepas kahwin.. macam dia lah! Hehehe. Apa yang kami nak kongsikan ini adalah video romantis Abby dan Farhan! Amboi, cemburunya kami melihat video tu, Abby! Selamat berpuasa Abby. Semoga Abby dan keluarga dilimpahi rezeki berlipat kali ganda dan mengurangkan kontroversi politik ya.
IKLAN