Selepas kontroversi mengenai komen Sham Kamikaze dalam siaran rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah tahun lalu naik kembali, terdapat pula komen-komen mengkritik tazkirah Sham Kamikaze yang bertajuk ‘Hadiah Kepada Si Mati’ ini tadi sampai ada ura-ura ugutan bunuh. Ayat yang meragukan ini telah ditulis di dalam Facebook seorang pendakwah Islam, Ustaz Abu Syafiq.
Bekas gitaris kumpulan Kamikaze telah memberikan tazkirah mengenai bacaan Al-Fatihah yang tidak sampai kepada si mati dengan ayat : Tiada ada nas atau dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah saw pernah menganjurkan atau baginda sendiri tak baca Al-Fatihah. kena kaji dan ikut membuta tuli.
Kami tak berani nak komen lebih-lebih mengenai isu ini, tetapi yang kami nak komen,adalah tidak patut sampai nak mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Sham Kamikaze yang memberikan pendapat dan pandangan beserta bukti hadis sahih. Kalau nak berdebat atau membangkang intipati tazkirah Sham, buat dengan cara elok dan bagi bukti dan dalil yang betul. Wallahualam.