Berikut adalah senarai barang yang tertakluk di dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Skim ini akan berkuat kuasa bermula dari 26 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013. Tempoh pelaksanaan adalah selama 17 hari bagi perayaan tersebut.
Senarai Barangan Dibawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa
1. Ayam hidup
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal)
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
4. Daging lembu tempatan
5. Daging lembu import
6. Daging Kerbau Tempatan
7. Daging kerbau import (India)
8. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
9. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
10. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
IKLAN
11.Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing)
12. Cili merah
13. Tomato
14. Kelapa biji (borong)
15. Kelapa parut (runcit)
16. Bawang merah kecil (India)
17. Bawang putih (China)
18. Kacang Tanah Import
19. Ikan kembung
20. Ubi Kentang Import