Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Genting Bakal Labur RM400 Juta Untuk Bina Taman Tema Twentieth Century Fox

by Malisa Aina
July 26, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

genting2

Menurut laporan Bernama, Genting Malaysia Bhd. akan melabur sejumlah lebih RM400 juta untuk membina Taman Tema Twentieth Century Fox pertama di dunia bagi menggantikan taman tema lama di Resort World Genting, Genting Highlands.

Malah menurut pengerusi dan ketua pegawai kksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay menjelaskan pelaburan bagi taman tema itu adalah sebahagian daripada program pengubahsuaian Resort World Genting yang melibatkan kos RM3 bilion yang merangkumi pembinaan 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan Hotel First World.

IKLAN

“Pembangunan taman tema berjenama Twentieth Century Fox ini merintis jalan bagi pertumbuhan perniagaan dinamis yang berterusan dan untuk memastikan Resorts World Genting terus menjadi destinasi luar biasa bagi pelancong di dalam dan luar negara.

Lim berkata taman itu yang dijadualkan siap pada 2015 akan menggandakan bilangan pengunjung daripada 20.5 juta setahun sekarang. Beliau berkata taman yang akan dibina di atas tapak seluas 10 hektar itu, akan menampilkan lebih 25 permainan dan tarikan.

Genting akan menutup taman tema luar  pada 1 September tahun ini bagi pembinaan taman tema yang baru. Tahun lepas, Resorts World Genting menerima kira-kira 20.5 juta pengunjung, dan jumlah itu dijangka meningkat pada tahun 2016 apabila taman tema baru dengan permainan dan tarikan berdasarkan filem-filem seperti Ice Age, Life of Pie, Alien, Predator and Night At The Museum akan dibina.

Tags: Genting Bakal Labur RM400 Juta Untuk Bina Taman Tema Twentieth Century FoxGenting Malaysia Bhd.Taman Tema Twentieth Century Fox
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan