Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Suami tikam isteri guna pisau sayur kerana jalin hubungan sulit

by Lisa Aina
July 29, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

xpix_gal1.pagespeed.ic.tL6fRoMZWg

Menurut laporan Harian Mentro, seorang suami menikam isterinya kerana mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Si suami menikam wanita itu dua kali menggunakan pisau sayur sebelum meminum racun rumpai dengan harapan mati bersama di kediaman mereka di Jalan Gazania Riam, Miri, Sarawak.

Bagaimanapun, nyawa wanita berusia lewat 30-an itu masih panjang. Harian Metro melaporkan wanita tersebut berlari dengan berlumuran darah sambil menahan kesakitan bagi mendapatkan bantuan jiran dalam kejadian jam 12.30 tengah malam.

IKLAN

Difahamkan, suami wanita itu yang berusia 40-an, baru dibebaskan dari Penjara Lambir di sini, bulan lalu, selepas menjalani hukuman kerana kesalahan merompak. Dia dikatakan dapat mengesan hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain baru-baru ini.

Menurut sumber, ketika kejadian wanita terbabit bermalam di rumah adiknya apabila didatangi suaminya dan tercetus pertengkaran berkaitan hubungannya dengan lelaki lain manakala wanita itu pula bertegas mahu bercerai.

Tags: [ Isu Semasa ] Suami tikam isteri guna pisau sayur kerana jalin hubungan sulitSuami tikam isteri guna pisau sayur kerana jalin hubungan sulit
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan