Nama Freddy Budiman menjadi popular kembali mengemuka setelah beredar kes bilik asmara di Lembaga Pemasyarakatan Narkotika Cipinang, Jakarta Timur. Sampai-sampai, Kalapas Cipinang Thurman Hutapea dicopot dari jabatannya kerana kes tersebut.
Pihak berkuasa Indonesia telah menggantung kerja seorang penjara warden pada hari Khamis lepas selepas model Vanny Rossyane, 22, mendakwa dia bertemu teman lelaki yang bakal dikenakan hukuman mati, dalam sebuah bilik persendirian di penjara untuk mengadakan hubungan seksual dan mengambil dadah syabu.
Dalam skandal terbaru yang melanda negara Indonesia yang sistem penjara terkenal rasuah, Vanny Rossyane berkata beliau telah melawat pengedar dadah yang berkuasa di republik itu, Freddy Budiman tiga kali seminggu di kompleks penjara Lembaga Pemasyarakatan Narkotika Cipinang, Jakarta Timur, Indonesia.
“Saya akan pergi ke sana pada jam 11 pagi hingga jam 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah kristal meth,” katanya kepada media tempatan.

Siapa sebenarnya Freddy Budiman? Namanya bukan baru. Lelaki berusia 37 tahun ini berkali-kali menghuni penjara dalam kes dadah, tetapi tidak pernah serik.
Bahkan, ketika menghuni penjara Lembaga Pemasyarakatan Cipinang, Jakarta, dia masih boleh menganjurkan penyeludupan 1,412,475 pil ekstasi dari China dan 400,000 ekstasi dari Belanda. Dia adalah ‘mastermind’ di sebalik penyeludupan jutaan pil ekstasi tersebut.