Malaysia bukan lagi negara selamat? Atau kes tembakan rambang atau bermotif ini hanyalah kes terpencil sahaja? Gambar ini telah dikongsikan di laman sosial dimana seorang lelaki dan seorang wanita telah ditembak di Lorong Ceylon, bersebelahan Hotel Istana, Kuala Lumpur, jam 3.30 petang tadi. Lelaki itu yang berusia 70 an maut di tempat kejadian manakala si isteri telah dikejarkan ke hospital. Motif belum lagi dapat dikenalpasti kerana berita ini baru sahaja dikongsikan. Kami akan update jika ada berita dan sumber yang lebih sahih.
Update 29/7/2013 jam 5 petang :
Menurut seorang saksi yang bekerja di kawasan sekitar tempat kejadian, beliau ada terdengar bunyi meletup. Mangsa yang ditembak 3 das tembakan di kepala berbangsa Iran dan dalam pukul 3 petang baru pihak forensik sampai.
Ketika kejadian, pasangan ini turun dari kereta yang mempunyai pemandu khas yang diberhentikan di hadapan sebuah kedai makan di tepi pagar masuk ke tempat letak kereta untuk ke kuil. Sejurus selepas mereka berjalan masuk untuk ke kuil, datang seorang lelaki yang menaiki teksi ( penumpang ) masuk ke dalam kawasan parkir untuk menembak mangsa. Wanita itu hanya terkena tembakan di bahagian kaki dan dibawa ke hospital.
Update 30/7/2013 jam 10 pagi :
Mangsa merupakan pengasas Arab-Malaysian Bank ( AMBANK ), Hussain Ahmad Najadi berumur dalam lingkungan 75 tahun dan telah ditembak mati di tempat kejadian. Dia ditembak di dada dan rusuk manakala isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila terkena tembakan di tangan.
Mangsa yang merupakan penduduk tetap negara ini dikatakan telah ke kuil Ceylon Kuan Yin sekitar 12.30 tengah hari bersama isterinya yang berusia 49 tahun untuk berbincang dengan seorang lelaki berhubung satu urus niaga saham.
Sumber dan Harian Metro, Malaysian Insider