Buat dekat hotel atau restoran masih boleh diterima lagi tapi yang ni buat dekat restoran makanan segera McDonalds, tak pernah dibuat orang pula…hehehe…
Nak dijadikan cerita, sepasang kekasih memilih untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah restoran McDonalds di Cribbs Causeway di Bristol. Pasangan tersebut, Stephen Asher dan isterinya, Emily Marshall memilih McDonalds ekoran mereka banyak mengadakan temujanji di situ.
Pasangan pengantin baharu itu yang tiba di restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta limousin menjamu selera bersama 33 orang tetamu di restoran berkenaan.
Stephen yang bekerja di sebuah gudang syarikat makanan sejuk beku amat gembira dapat mengadakan majlis keraian tersebut di McDonald’s.
“Apabila saya melihat Emily menyarung pakaian pengantin buat pertama kali, saya tidak menyangka dia kelihatan sangat cantik.
“Kami berdua berasa sangat gementar,” katanya yang membelanjakan £150 (RM745) untuk acara resepsi di restoran berkenaan. – KOSMO
p/s: boleh praktikkan idea pasangan ni….:)