Kebelakangan ni banyak penulis tengok iklan penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ di laman sosial, tapi tak tahulah sama ada itu original dijual oleh pelakon Nora Danish atau orang lain yang sengaja menggunakan nama pelakon itu untuk kaut untung. Tak baik tu.
Berikutan kes sebegini, Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu dapatkan kandungan kualiti yang lebih baik daripada pengeluar bedak tersebut yang bertempat di Myanmar.
Malah, Nora menyuarakan rasa kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.
“Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.
“Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama,” katanya lagi.
Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.
“Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.
“Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik,” ujarnya. -mystar