Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Drama bersiri web ‘Autumn Dihatiku’ capai lebih setengah juta hits tontonan video

by Malisa Aina
July 30, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

ADH_2

Drama bersiri web Autumn Di Hatiku yang ditayangkan menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my/autumndihatiku) mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim.

Bukan itu saja, drama ini merupakan drama web sulung terbitan portal video Tonton, kejayaan luar biasa Autumn Di Hatiku membuktikan penerimaan khalayak bagi drama yang disiarkan secara ‘online’ selain sokongan promosi berterusan daripada pihak media terhadap drama bersiri ini. Tambah istimewa, kesemua episod Autumn Di Hatiku kini boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA.

IKLAN

Autumn Di Hatiku disiarkan menerusi 28 episod harian pada setiap Isnin sehingga Sabtu jam 12 tengah hari mengisahkan tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Nina mendapatkan bantuan Zidick (Aiman Hakim) selain rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah) dan cuba memenangi hati Autumn. Kai (Anas Ridzuan) pula seringkali menganggu kehidupan dua gadis ini dan cuba menggagalkan usaha Nina. Manakala Zidick mulai menaruh hati terhadap Nina dalam diam-diam.

Tags: autumn dihatikudrama autumn dihatikuDrama bersiri web 'Autumn Dihatiku' capai lebih setengah juta hits tontonan videodrama bersiri web autumn dihatiku
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan