Kesibukan perayaan Hari Raya bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan kulit. Serlahkan seri kulit anda yang sebenar pada musim perayaan ini dengan Dermalogica Special Cleansing Gel dan Solar Defense Booster SPF50. Sempena kempen Get Naked, Dermalogica berharap dapat membantu golongan wanita mendapatkan kulit yang cantik tanpa solekan, agar mereka dapat merai musim perayaan bersama sahabat dan keluarga dengan penuh gembira.
Dermalogica Special Cleansing Gel diformulasi untuk mengeluarkan kotoran secara menyeluruh tanpa mengganggu kelembapan semula jadi kulit. Gel berbuih yang pekat dan tanpa sabun ini tidak mengandungi wangian atau pewarna tiruan. Dermalogica Solar Defense Booster SPF 50 menghalang pancaran matahari yang berbahaya daripada merosakkan kulit, dengan adanya perlindungan UVA dan UVB dalam pelembap atau bedak asas anda.
Sesuai untuk semua jenis kulit, tabir suria spektrum luas ini dihasilkan tanpa wangian atau pewarna tiruan. Malah, pembungkusan 50ml Solar Defense Booster membolehkan anda menyimpannya di dalam tas tangan untuk dibawa ke mana sahaja, sama ada di dalam kereta mahupun pesawat, bagi pemakaian yang mudah dan berterusan.
Dermalogica Special Cleansing Gel dan Dermalogica Solar Defense Booster SPF50 kini boleh didapati di semua AsterSpring dan pusat kulit Dermalogica yang sah, dengan harga RM155 untuk 250ml (Dermalogica Special Cleansing Gel) dan RM278 untuk 50ml (Dermalogica Solar Defense Booster SPF50).