Wanita pada zaman sekarang memang sibuk dan kadang-kadang tiada masa nak memasak makanan yang sedap, sihat kerana ada yang mengambil masa yang terlalu lama. Jadi, selaku peneraju dalam bidang inovasi dan pengeluaran produk yang memenuhigaya hidup pengguna masa kini, , Philips merealisasikan visinya untuk mempertingkatkan kehidupan pengguna melalui Inovasi Bermanfaat (Meaningful Innovations), dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memakan makanan yang sihat dan segar ketika menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Melalui kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh Philips, rakyat Malaysia kini boleh memasak hidangan yang sihat dengan menggunakan bahan masakan yang segar hanya dengan menekan satu butang sahaja. Kaedah memasak yang sihat tanpa sebarang kerumitan ini boleh dinikmati dengan menggunakan Philips Viva Electronic Pressure Cooker, yang akan mengekalkan semua kandungan vitamin dan mineral di dalam sayur-sayuran dan daging yang anda masak.

Kaya dengan kandungan protein, serat, vitamin dan mineral, susu soya dapat membantu anda menjadi lebih sihat serta turut memperkuatkan tubuh. Direka dengan teknologi yang canggih untuk memotong dan mengisar, Philips Avance Collection Soymilk Maker berupaya menghasilkan kandungan susu soya yang tinggi dengan mengurangkan sisa buangan dan memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk.

Mengekalkan berat badan yang optimum juga adalah penting kerana berat badan berlebihan ataupun berat badan yang terlampau kurang boleh menjadi punca kepada permasalahan kesihatan. Untuk memenuhi keinginan orang ramai untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripada kaedah memasak yang kurang berlemak namun masih mengekalkan rasa yang enak, Philips telah mencipta Philips Viva Airfryer yang membolehkan pengguna terus menikmati hidangan masakan yang popular di Hari Raya, seperti ayam goreng dan kentang goreng yang mampu mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips and ciptaan mereka yang berinovasi kunjungi laman web www.philips.com.my