Sekarang anda tak perlu susah payah nak goreng potato chips, anda hanya perlu gunakan microwave saja, potato chips anda kekal rangup. Kami tunjukkan cara nak membuatnya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
IKLAN
- Kentang – ikut kesesuaian berapa biji anda perlukan
- Garam
- Lada hitam
- Minyak zaitun
Peralatan:
- Microwave
- Tuala kertas
- Semangkuk air sejuk
- Mandolin
Cara membuatnya:
- Potong kentang kepada dua, hiris kentang gunakan mandolin secara perlahan.
- Rendam dan basuh kentang dalam air sejuk untuk mengeluarkan kanji/bersihkan kentang dari sebarang kotoran.
- Kentang yang sudah direndam, diangkat dan letak atas tuala bersih. Keringkan kentang tersebut.
- Susun di atas bekas microwave, letakkan bahan perasa seperti minyak zaitun, lada hitam dan juga garam kalau perlu.
- Masukkan ke dalam microwave dengan kuasa 100% selama 3 minit.
- Selepas 3 minit, keluarkan dan pusingkannya dan masuk sekali lagi pada kuasa 50% selama 3 minit.
- Keluarkan dan pusingkannya. Terus masak dalam 1 minit lagi pada kuasa 50% sehingga cip rangup dan mula bertukar warna keemasan.
- – sumber
IKLAN