Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Antarabangsa

[ Antarabangsa ] Simon Cowell hamilkan isteri rakan baiknya

by Lisa Aina
August 2, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

simon_cowell_57952

Desas-desus mengatakan pengasas siri X Factor, Simon Cowell terdedah ke arah hubungan songsang nyata meleset apabila Simon Cowell dilapor akan menjadi bapa kepada bayi isteri rakan baiknya, jutawan pemilik kasino, Andrew Silverman.

Menurut laporan Harian Metro, Silverman memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya, Lauren awal bulan lalu, tetapi tidak diketahui sama ada dia melakukan demikian selepas mendapat tahu isterinya hamil dengan anak Cowell. Dia yang diwakili peguam keluarga Manhattan Cohen Goldstein memfailkan tuntutan cerai pada 24 Julai lalu.

IKLAN

Sebelum ini ada gambar menunjukkan aksi mesra Cowell, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu walaupun Silverman turut menyertai percutian itu dan berada tidak jauh dari mereka.

AKSI mesra Cowell (baring) dan Lauren ketika bercuti di Caribbean sambil diperhatikan Silverman, Januari tahun lalu.
AKSI mesra Cowell (baring) dan Lauren ketika bercuti di Caribbean sambil diperhatikan Silverman, Januari tahun lalu.

Sumber yang rapat dengan Cowell sebelum ini pernah berkata, Cowell tidak ingin mempunyai anak. Malah, kehamilan terbabit tidak dirancang dan Cowell benar-benar terkejut. Bagaimanapun Cowell dikatakan dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.

Lauren dikatakan sedang 10 minggu mengandung. Publisiti yang mengejutkan itu muncul hanya beberapa minggu sebelum bermulanya musim baru siri X Factor AS September depan. Cowell dan Lauren dikatakan sudah berkawan lebih lima tahun. Cowell kini dikatakan sibuk dengan kes hartanya bernilai £225 juta (RM1.1 bilion), yang pastinya cukup untuk menyara anak yang bakal lahir itu. – sumber

Tags: [ Antarabangsa ] Simon Cowell hamilkan isteri rakan baiknyapengasas siri x factorsimon cowellSimon Cowell hamilkan isteri rakan baiknyasiri x factor
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan