Dalam satu hari kadang-kadang kita mempunyai banyak urusan dan peranan terutamanya kaum Hawa. Ada ibu yang bekerja dan pada masa yang sama menjadi isteri pada sang suami yang sibuk bekerja. Tetapi bagi semua wanita, apa yang penting, adalah keupayaan untuk berubah, dan menjadi apa yang kita mahu. Kita mahu sentiasa cantik, bila-bila masa, di mana sahaja dan di mana-mana.
Dengan itu, produk Ipanema telah mencipta sandal berinovasi iaitu Ipanema Troca Tira. Ia datang dengan 3 tali yang boleh ditukar untuk dipadankan dengan warna pakaian anda pada hari tersebut. Diilhamkan oleh wanita seperti anda dan saya, ia adalah 1 sandal yang mempunyai 3 tali atau strap yang boleh ditukar. Oleh itu, kita akan sentiasa mempunyai padanan fesyen yang betul pada masa yang tepat.
Terdapat 2 cetakan dan 4 warna yang berbeza dalam setiap satu dalam koleksi ini dan ia dijual pada harga RM49.90. Koleksi kasut Ipanema Troca Tira boleh didapati di Samba, Studio R dan Royal Sporting House di seluruh negara.