Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Dunia ] Lelaki cuba bunuh diri kerana tertekan akibat menganggur

by Lisa Aina
August 5, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

xpix_gal1.pagespeed.ic.mrNXJaBF5a

Seorang lelaki bernama Wang Li cuba untuk membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur. Walaubagaimanapun, cubaan lelaki tersebut membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.

Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.

IKLAN

Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas. Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.

“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.

Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik yang mencemaskan itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat. – Metro

Tags: [ Dunia ] Lelaki cuba bunuh diri kerana tertekan akibat menganggurbunuh dirikejadian di chinalelaki bunuh diriwang li
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan