Atas permintaan para pelajar yang mahu mengelakkan bersosial dengan orang sekeliling telah dibina pembahagi di tengah-tengah meja. Malah, zon tersebut digelar ‘lonely seats’. Pelik bukan? Bila tengok gambar macam meja pingpong pulak, ada penghadang kat tengah-tengah meja. Malah, yang lagi pelik, meja ini diletakkan di kafetaria. Tempat untuk merehatkan minda dan bertegur sapa dengan rakan lain. Kejadian ini terjadi di universiti Kyoto dan Kobe.
Untuk pengetahuan anda, permintaan ini diusulkan ke pihak universiti kerana “jika anda makan di meja besar tetapi bersendirian seperti tiada kawan, kejadian itu mungkin memalukan anda jadi untuk mengelakkan daripada diejek oleh orang sekeliling, kami meminta pihak universiti membina meja ini”. Jadi apabila anda berada di zon ‘lonely seats’, anda tidak perlu malu untuk menghirup sup dengan kuat atau sebagainya. Malah, menurut pelajar berusia 22 tahun berkata zon ‘lonely seats’ sangat mudah dan praktikal bila anda dalam keadaan cepat dan tergesa-gesa, anda tidak perlu fikir orang yang berada di sekeliling meja. Walaubagaimanapun, meja tersebut tidak mempunyai penghadang di tepi jadi anda boleh lihat apa yang orang sebelah lakukan. – Mungkin di masa hadapan, Jepun bakal bina penghadang depan dan tepi kalau tak nak bersosial langsung- sumber
Jika anda anti-sosial, anda sesuai berada di sini…hehehhE