Kami memohon kerjasama anda untuk membantu mencari seorang kanak-kanak yang telah hilang di kawasan Tesco Rawang yang bernama Aisyah. Menurut sumber dari kenalan yang bekerja di media, kanak-kanak ini telah diculik oleh teman lelaki pada ibu mangsa sendiri, Puan Arbaiyah yang berumur sekitar 32 tahun. Suspek juga disyaki menaiki kenderaan Perodua Viva berwarna putih BLC 1894. Menurut sumber juga, ibu mangsa mengenali suspek di laman Facebook dan berjanji untuk berkahwin. Kalau kita lihat gambar CCTV pun, adik Aisyah kelihatan tenang dibawa lari lelaki terbabit.
Ada juga yang berkata mangsa dilarikan oleh bapa mangsa sendiri tetapi telah disangkal oleh Puan Arbaiyah sendiri dilaman Facebook beliau. Jika anda ada sebarang info tambahan, sila tinggalkan komen di bawah.
Sumber : FB https://www.facebook.com/cikgu.arbaiyah dan Twitter : @hazrey
UPDATE dari akhbar The Star
Sebentar tadi kami telah menyiarkan berita mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan, yang telah hilang di Rawang Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin yang didakwa mengenali penculik melalui Facebook pada bulan Mei lepas dan memulakan hubungan dengannya, dan juga mula merancang perkahwinan.
Walaupun hanya mengenali lelaki itu selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia 32 tahun meninggalkan anaknya dalam jagaan lelaki itu pada 30 Julai, kerana beliau telah memberitahu ingin memperkenalkan Aisyah kepada adiknya.
Arbaieyah juga memberikan sijil kelahiran Aisyah kepada suspek, kerana pasangan ini telah merancang untuk pergi berbulan madu dengan kanak-kanak itu selepas mereka berkahwin kelak.
“Selepas itu, pada 2 Ogos lepas, Arbaiyah juga memberikan RM25, 000 dalam bentuk wang tunai kepada lelaki itu untuk pelaburan perniagaan perdagangan emas di pusat membeli-belah di Rawang.
“Pada hari berikutnya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa pulang Aisyah. Dia telah berjanji untuk bertemu dengannya untuk keluar bersama dan membeli barangan perkahwinan. Tetapi dia tidak hadir dan panggilan telefon tidak dijawab,” ACP Abdul Rahim memberitahu akhbar The Star.
Beliau berkata, ibu juga telah pergi ke rumah suspek sepatutnya di Taman Tun Dr Ismail dalam mencari anaknya hilang tetapi mendapati bahawa alamat yang telah diberikan rumah milik orang lain.
Ia telah diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai penculikan kanak-kanak.
ACP Abdul Rahim berkata siasatan masih berterusan dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.
Update 1:16petang 5 Ogos 2013
Mengikut gambar yang telah disiarkan di laman Facebook, Aisyah telah selamat dijumpai dan diserahkan kepada pihak polis. ( sumber)