Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Isu pencemaran Fonterra : Senarai 5 produk tenusu yang ditarik balik di Malaysia setakat ini

by Aida Sue
August 5, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

fonterra

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai tidak menggunakan produk “Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old” kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk ini dinasihatkan tidak menggunakannya dan menggantikannya dengan jenama lain buat sementara waktu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Noraini dalam pada itu memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Malaysia dan akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara tersebut dari semasa ke semasa.

IKLAN

Justeru beliau meminta orang ramai tidak bimbang dengan situasi itu kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

“Sekiranya pengguna merasa was-was dengan status keselamatan sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan kami melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my,” katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum alert daripada International Food Safety Authorities Network (INFOSAN) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk whey protein concentrate(WPC) keluaran syarikat Fonterra daripada New Zealand disyaki telah tercemar dengan bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan. WPC tersebut telah digunakan sebagai bahan ramuan dalam formula bayi, growing-up milk powder dan sports drink. Produk makanan tersebut telah dieksport ke beberapa negara termasuk Malaysia. Sehingga kini, belum terdapat sebarang kejadian keselamatan makanan dilaporkan hasil daripada pengambilan produk makanan tersebut. Tindakan INFOSAN memaklumkan negara-negara terlibat adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu juga, berikut adalah senarai beberapa produk tenusu yang ditarik balik ( dari sumber FB Dumex Mamil ) :

  1. Dumex Dupro Step 2 with batch numbers 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 and 05233B1;
  2. Mamex Cherish Step 1 with batch numbers 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 and 06213B1;
  3. Mamex Explore Step 2 with batch numbers 06093T1, 06123R1, 06213B1 and 06213B2;
  4. Bebelac Step 2 with batch numbers 05023R1 and 05033R1.
  5. Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old

 

Tags: dumexfonterrafonterra malaysiaIsu pencemaran Fonterra : Senarai produk tenusu yang ditarik balik di Malaysia setakat iniproduk susu tepung tarik baliksenarai produk ditarik baliksenarai produk susu ditarik baliksenarai susu tercemarsusu bayi malaysiasusu tercemar
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan