Sama ada unsur seksual yang melampaui, keganasan grafik, unsur politik yang tidak benar faktanya dan banyak lagi menjadi kemungkinan kenapa filem ini diharamkan tayangan di negara luar. Mungkin ada sebab yang jelas kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan tayangan filem. Jom tengok antara filem yang tersenarai.
MANIC – Alasan kenapa filem ini diharamkan tayangan di New Zealand adalah kerana masyarakat mereka tidak bersedia untuk melihat lakonan Elijah Wood sebagai pembunuh bersiri, tidak bersesuaian dengan imej Elijah Wood yang sentiasa baik itu.
THE HUNGER GAMES – Filem ini diharamkan di Vietnam kerana unsur pembunuhan kanak-kanak agak keterlaluan bagi mereka.
ZOOLANDER – Telah diharamkan tayangan di Malaysia kerana unsur politik yang tidak betul.
THE EVIL DEATH – Singapura mengharamkan tayangan disebabkan unsur seram yang keterlaluan. Sebagai contoh, babak gadis memotong separuh lidah.
ZACK&MIRI MAKE A PORNO – Filem ini diharamkan di Thailand kerana tidak mahu masyarakatnya didedahkan dengan isu porno.
2012 – 2012 diharamkan tayangan di Korea Utara kerana jalan cerita filem ini tahyul.
BORAT – Kazakhstan tidak dapat menerima budaya tentang negara mereka dipaparkan.
SAW – Filem ini diharamkan tayangan di dua buah negara iaitu Thailand dan Ukraine. Alasannya jalan cerita tersebut tidak logik dan unsur seram yang melampau.
sumber |