Sebuah spa mewah ala rawatan Jepun tradisional menggunakan najis burung bulbul diimport Asia yang bercampur dengan dedak untuk rawatan kecantikan dengan harga sekitar RM600. Kira-kira 100 orang wanita dan lelaki pergi ke spa Shizuka New York yang berada tidak jauh dari Manhattan Fifth Avenue, setiap bulan untuk mendapatkan rawatan, yang digalakkan sebagai satu cara untuk memastikan muka lebih lembut dan licin menggunakan enzim dalam tahi untuk membuat kulit menggelupas perlahan-lahan.
Pemilik Spa, Shizuka Bernstein, berasal Tokyo berkahwin dengan seorang rakyat Amerika, telah menawarkan Geisha Muka sejak lima tahun lepas. “Saya cuba untuk membawa rahsia kecantikan Jepun ke Amerika Syarikat,” kata Bernstein, yang belajar rawatan muka dari ibunya. Rawatan wajah menggunakan najis burung mula digunakan pada 1600-an oleh pelakon dan geisha.
Rawatan bermula dengan proses stim untuk membuka liang dan melembutkan kulit. Krim digunakan dan kemudian dia menuangkan najis berwarna krim yang telah dikeringkan dan dikisar halus ke dalam mangkuk, mencampurkannya dengan beras menggunakan spatula kecil. Najis burung bulbul sahaja digunakan di spanya kerana spesies burung tersebut hanya memakan bijirin yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya.