Pelakon bermasalah Lindsay Lohan telah bernekad untuk hidup tanpa alkohol lagi. Malah, dia merasakan selama ini alkohol banyak memerangkap kehidupannya. Wow, kalau betul Lindsay fikir begini, baguslah. Jangan cakap je lebih tapi buat lagi…oppss..
Lindsay juga berjanji untuk menjauhi minuman keras bukan sahaja di rumah malahan juga membuat tuntutan di hotel, bilik persalinan dan juga rumah ibunya, Dina.
Malah, sebelum ini Lindsay telah daftar masuk di Bev Hills Hotel dan mengarahkan kakitangan untuk membuang alkohol dari biliknya sebelum ketibaannya. Bukan itu sahaja, Lindsay juga turut jelaskan dia bakal hadirkan ke terapi untuk memastikan dia tidak tunduk pada godaan. – Good for you Lindsay – sumber