Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

[ Tips Sihat ] Nanas penuh dengan khasiat dan baik untuk kesihatan

by Malisa Aina
August 7, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Kegunaan Nanas Untuk Kesehatan

Nanas, buah tropika berwarna kuning terang mempunyai rasa berjus manis masam yang menyelerakan dan sering menjadi bahan pilihan dalam masakan dan minuman. Walaupun nanas buah bermusim iaitu bermula sekitar Mac hingga Jun, ia boleh didapati di semua pasar raya sepanjang tahun. Strukturnya terhasil daripada bunga kecil yang bergabung bersama di sekeliling teras dan setiap bunga dikenali sebagai mata.

Nanas juga buah yang sungguh menyihatkan kerana ia kaya dengan vitamin C, serat, vitamin B6, mangan, tembaga, vitamin B1 dan folat. Kandungan mangan dan vitamin B1 penting untuk pengeluaran tenaga dan pertahanan antioksidan.

IKLAN

Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah berkenaan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu melawan jangkitan virus yang menyebabkan batuk dan selesema. Vitamin C adalah antioksidan utama larut air dan mampu mempertahankan semua kawasan berair tubuh daripada serangan radikal bebas yang merosakkan sel normal.

Walaupun ketika seseorang sudah dijangkiti demam selesema atau batuk, nanas mampu membantu menyihatkan tubuh semula. Ini kerana ia kaya dengan bromelain yang berkesan menghilangkan batuk dan menyingkirkan mukus. Memakan nanas mampu menyembuhkan seseorang dengan lebih pantas.

Nanas juga popular sebagai makanan yang mampu membina dan menguatkan tulang kerana ia mempunyai mangan iaitu mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang dan tisu penghubung.

Malah dengan pengambilan hanya satu cawan nanas, ia sudah bersamaan dengan 73 peratus daripada keseluruhan keperluan tubuh untuk membina tulang yang kuat.

Ramai yang terlalu memberi perhatian hingga terlupa mereka telah mengabaikan kesihatan gusi yang sama penting peranannya dalam mengekalkan kesihatan gigi dan antara cara untuk mendapatkan gusi yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan nanas kerana ia berperanan mendapatkan gigi dan gusi yang sihat.

Keistimewaan lain nanas juga, ia mampu mengurangkan risiko seseorang mengalami masalah degenerasi makula iaitu penuaan titik di bahagian tengah retina mata manusia yang berfungsi memberikan pandangan yang jelas.

Masalah degenerasi makula adalah punca utama yang menyebabkan kehilangan penglihatan yang jelas dalam kalangan orang dewasa akibat kerosakan pada retina sehinggakan aktiviti seperti membaca, mengenal pasti wajah dan melakukan kerja harian terjejas.

Namun dengan menyelitkan buah nanas dalam diet harian yang kaya dengan vitamin A, risiko mendapat masalah itu mampu dikurangkan sehingga 36 peratus.

IKLAN

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah sakit sendi dan pada masa sama menguatkan tulang bagi memperbaiki kesakitan yang dialami serta baik untuk memperbaiki keadaan penyakit gout dan sindrom terowong karpal atau rasa kebas dan lemah otot pada pergelangan tangan.

Salah satu kebaikan nanas yang sememangnya popular adalah ia kaya dengan serat dan mengandungi bromelain yang bertindak meneutralkan keadaan terlalu berasid dan membantu rembesan daripada pankreas yang melancarkan penghadaman serta mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.

Kajian yang diadakan juga menunjukkan bromelain mempunyai banyak manfaat kepada tubuh antaranya mengurangkan masalah keradangan yang berlebihan, pembekuan darah yang berlebihan dan beberapa jenis pertumbuhan tumor apabila ia diambil sebagai diet tambahan.

Bagi mengamalkan nanas dalam diet seharian, cuba tambahkan nanas segar dalam minuman pagi anda atau masukkan sekali ke dalam yogurt pada waktu makan tengah hari serta dicampur dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran

Tags: [ Tips Sihat ] Nanas penuh dengan khasiat dan baik untuk kesihatanbuah nanasbuahan tempatannanas
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan