Bagi anda yang ingin menyihatkan badan sambil menderma, jom sertai Kordel’s Charity Walk pada hari Ahad, 8 September 2013. Setelah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1200 peserta dan sumbangan sebanyak RM30 000 bagi Yayasan Arthritis Malaysia (YAM) pada tahun lepas, acara pada tahun ini dianggap lebih bermakna.
Sumbangan diperoleh melalui bayaran penyertaan RM 30 bagi setiap peserta. Kordel juga akan menyumbangkan RM 1 bagi setiap jualan pek promosi Kordel (dari 1 Julai – 31 Ogos 2013) kepada Yayasan Arthritis Malaysia sempena penganjuran aktiviti amal ini. Sumbangan yang dikutip melalui aktiviti ini akan disalurkan kepada YAM bagi kebajikan pesakitpesakit Arthritis. Dr. Amir Azlan Zain, Presiden Yayasan Arthritis Malaysia turut menyatakan bahawa sumbangan terkumpul setakat ini telah membantu seramai 80 pesakit menjalani pembedahan dan rawatan.
Jadikan Ahad 8 September 2013 sebagai hari yang bermakna dalam hidup anda dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat sambil menderma bagi Yayasan Arthritis Malaysia! Untuk maklumat langut mengenai Kordel’s Charity Walk sila layari www.kordels.com.my/ charitywalk