
Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Riyadh sungguh menyayat hati apabila seorang lelaki Saudi mendera anak angkatnya sehingga mati hanya kerana mahu mengajar budak berusia lima tahun itu supaya tidak kencing di atas tilam.
Doktor di sebuah hospital di Riyadh berkata, budak terbabit meninggal dunia akibat pendarahan dalaman, kecederaan parah pada kepala serta kesan lecur serius di seluruh badan. Akhbar harian al-Saudeh melaporkan semalam, lelaki terbabit mengambil mangsa sebagai anak angkat kerana dia tidak mempunyai zuriat. Lelaki itu kini didakwa mendera dan membunuh. Kejam betul orang macam ni, langsung tak ada hati perut, tak perikemanusiaan….