Boleh ke lelaki jatuh hati pada wanita hanya dalam 10 saat, tak mungkin kot. Tak kan dengan sekali pandang dah jatuh hati.
Disebabkan itu, kami ingin kongsikan pada anda 10 perkara yang boleh membuatkan kaum lelaki jatuh hati hanya dalam masa yang singkat.
SENYUMAN
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung berdegup-degup! Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan.
Malah, ada lelaki pernah jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Hebat tu kuasa senyuman seorang wanita.
PARAS RUPA CANTIK
Ada lelaki sering terjebak dalam ‘love at first sight’ disebabkan paras rupa wanita yang cantik. Tidak semestinya si dia perlu memiliki darah campuran untuk kelihatan menawan.
- Foto – Elite
Solekan tipis yang natural dan kulit wajah yang bersih juga memadai untuk dikategorikan sebagai cantik. Tetapi, jika wanita itu memang cantik secara semulajadi walaupun tanpa solekan, ia adalah bonus ekstra!
Namun, tidak semua wanita jelita memiliki personaliti yang menarik. Ada sesetengah daripada mereka hanyalah bimbo! Jadi, biarlah cantik rupa dan sikap juga bijak.
MATA MENAWAN
Dari mata, turun ke hati. Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.
Pendek kata, solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli perempuan.
Tetapi, sesekali terpandang si dia yang memiliki bulu mata lebat dan warna anak mata yang begitu indah sekali, pasti tidak keruan saya dibuatnya! Yang nyata, si dia tidak bersolek pun.
PENAMPILAN MENARIK
Selain fizikal, penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan saya mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah antara aspek yang dilihat dahulu.
- Foto – Pinterest
Malah, ada lelaki suka melihat wanita yang berpakaian ringkas seperti celana denim dipadankan dengan kemeja atau kemaja T. Biarpun ringkas, namun gaya itu membuatkan mereka kelihatan sofistikated.
KEBIJAKSANAAN
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna si dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang.
Contohnya, jika si dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuarat, lelaki melihat kefasihan dan kelancaran wanita dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan. Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah.
HORMAT ORANG TUA
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini.
- Foto – Instagram
Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat.
BERBAJU KURUNG
Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? Lelaki berpendapat wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan!
Mungkin ada jenis jenis lelaki yang mempunyai traditional minded, dengan hanya baju kurung dipadankan dengan kasut tumit tinngi mamp membuatkan kaum ini berdebar-debar.
POTONGAN BADAN MENARIK
Bukan demanding tetapi wanita yang bertubuh cantik bukan sahaja kelihatan menarik tetapi ini juga menandakan mereka pandai menguruskan diri.
- Foto – Evening Standard
Mana tidaknya, sana sini restoran makanan segera boleh ditemui. Bimbang nanti wanita yang didampingi turut ‘terjebak’ menjadi mangsa makanan berlemak itu. Sungguh tidak menyihatkan!
RAMBUT PARAS LEPAS BAHU
Mungkin disebabkan trend kecantikan dan pengaruh selebriti Barat, lebih ramai wanita Asia kini lebih gemar mewarnakan dan memotong rambut pendek. Penukaran gaya itu hanya ‘menghilangkan’ kecantikan asli mereka!
Tidakkah cantik sekadar membiarkan rambut hitam yang ikal dan sihat melepas bahu tanpa perlu mengubahnya? Bukan sahaja menawan, malah warna rambut asal yang panjang sekali gus mampu menunjukkan kecantikan wanita Asia yang dimiliki mereka secara semulajadi.
BERKACA MATA
Setengah lelaki pantang melihat wanita berkaca mata, pasti mata ingin terus melihatnya. Apatah lagi jika wanita itu mengenakan solekan mata yang natural dan bijak bergaya.
- Foto – M&S
Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy, asalkan si dia bijak bergaya selain pandai mendandan.
Selamat Beramal!