Ini merupakan satu tragedi yang menyayat hati yang diakibatkan oleh pembuli siber. Seorang remaja ditemui mati tergantung di rumahnya selepas dibuli oleh pembuli atau ‘troller’ yang tidak dikenali di laman web yang terkenal iaitu di Ask.fm. Hannah Smith, 14, telah diejek di laman web Ask.fm -yang sebelum ini telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya empat kematian remaja tahun lalu mengenai lebih berat badan beliau, kematian bapa saudara dan kecenderungan yang jelas untuk mencederakan diri sendiri. Beliau juga pernah diminta untuk ‘minum peluntur’ oleh pembuli. Selepas kejadian bunuh diri oleh Hannah, bapanya David mendesak ibu bapa untuk menghalang anak-anak mereka menggunakan Ask.fm. Kurang daripada dua minggu sebelum mayatnya ditemui awal Jumaat lepas, Hannah merayu kepada pembulinya untuk menghentikan kegiatan tidak bermoral mereka.