Yarra Valley kini mengadakan Hot Chocolate Festival pertama di Australia untuk membantu pelancong memanaskan badan semasa musim sejuk tahun ini. Festivalini bakal diadakan di Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery dengan 31 ciptaan coklat panas sepanjang bulan Ogos ini. Coklat tersebut akan dicipta oleh chocolatiers bertaraf dunia dari Eropah dan tempatan dan 7 coklat edisi khas ‘akan diperkenalkan setiap minggu termasuk Nutty Salted Caramel, Tiramisu, Chilli Bomb, Mint Madness, Cherry Delight, Roasted Macadamia, Berry Explosion dan banyak lagi.
Pelawat Hot Chocolate Festival juga boleh menikmati coklat percuma dan menonton chocolatier dari Eropah membuat ukiran coklat dan kanak-kanak juga boleh bermain di taman khas dan berlanskap cantik.
Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery adalah destinasi baru dibina menggabungkan bilik pameran yang menarik, kilang dan kafe terletak di kawasan seluas 16 hektar. Masuk adalah percuma dan ia dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Untuk maklumat lanjut, lawati visitmelbourne.com.