• Latest

Kes Simbah Asid: Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat

August 12, 2013
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - Reddit

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021
Foto - Siti Nurhaliza Tarudin (Instagram)

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Foto - Arkib Wanista

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Kes Simbah Asid: Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat

Malisa Aina by Malisa Aina
August 12, 2013
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BZQTz

Kejadian yang berlaku di Jalan Ampang, Kuala Lumpur malam tadi sangat menyedihkan apabila seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

IKLAN

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

“Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah,” katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa. Menurut laporan lagi, mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan,” katanya. – Bernama

Tags: asidjalan ampangKes Simbah Asid: Wanita cedera disimbah asid di lampu isyaratkuala lumpursimbah asidwanita disimbah asid

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg
Berita & Isu Semasa

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - IKEA Malaysia / SAYS
Berita & Isu Semasa

IKEA Jual Beg Kitar Semula Walaupun Dah Salah Cetak, Tapi Sumpah Cool!

January 20, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan