Kejam sungguh orang tua macam ni, hanya kerana tidak boleh mengira sehingga 10, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dipukul hingga mati oleh bapa dan ibu saudaranya di sebuah kawasan di pinggir bandar di Ecatepec, Mexico City. Mayat mangsa, Raúl Antonio kemudiannya telah dibuang.
Ibu dan bapa saudaranya, MarÌa Guadalupe Tovar Hernández, 33, serta Guillermo Delgadillo Becerra, 43, telah ditangkap selepas mengaku membunuh kanak-kanak itu. Gambar ibu dan bapa saudara di bawah.
Dia menetap bersama ibu dan bapa saudaranya selepas ditinggal oleh ibunya. Ibu saudaranya sebelum itu memberikan keterangan palsu dengan mendakwa Raul telah lari dari rumah.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan Raul sehingga memaksa polis menjalankan gerakan memburunya. Bagaimanapun pihak berkuasa mula curiga selepas kenyataan ibu saudaranya itu bercanggah dengan penemuan bukti, dan akhirnya barulah mereka mengaku memukul Raul hingga mati kerana tidak tahu mengira sehingga 10.
Pasangan itu mengaku memukul Raul untuk mendisiplinkannya sehinggalah budak itu rebah, barulah mereka mengetahui bahawa dia telah meninggal dunia. sumber