Berikut kami kongsikan kisah dimana sebuah surau yang terletak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor yang dijadikan tokong untuk penganut Buddha. Video telah diambil dimana beberapa orang penganut agama Buddha sedang membuat upacara sembahyang yang diketuai seorang sami. Perkara ini disedari oleh pelancong beragama Islam yang berkunjung ke bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort semasa beliau ingin menunaikan solat asar. Lalu beliau merakamkan upacara yang sedang dijalankan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.
Pada pendapat kami, agak kurang wajar apabila penganut agama lain membuat ibadah tanpa di pusat agama lain tanpa persetujuan ataupun pengetahuan pihak pengurusan pusat agama tersebut terlebih dahulu. Apa orang kata, belajar untuk menghormati agama dan budaya orang lain. Pihak pengurusan resort juga harus peka. Bila dah buat surau, khaskan ia untuk digunakan untuk penganut agama Islam sahaja dan bina pusat agama lain untuk kegunaan penganut agama lain. Jangankan dengan kelalaian dan kealpaan sendiri, boleh membinasakan keharmonian negara.