Justin Bieber buat hal lagi… Kali ini dua keping gambar menunjukkan Bieber berbogel sambil memegang gitar telah tersebar di sebuah laman gosip terkenal Hollywood, TMZ.com. Bieber sambil memegang gitar menyanyikan sebuah lagu untuk neneknya.
Gambar itu dipercayai diambil semasa perayaan Thanksgiving tahun lalu dan tidak diketahui bagaimana ianya hanya tersebar baru-baru ini sahaja. Penyanyi kelahiran Kanada itu dilaporkan mula bermasalah selepas hubungan cintanya dengan Selena Gomez berakhir dan kebanyakan peminat sudah jemu dengan sikap menjengkelkan yang ditunjukkannya sebelum ini.