• Latest

[ Sukan ] Padang Stadium Nasional Bukit Jalil sudah terlalu uzur

August 13, 2013
Foto - Pinterest

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Foto - Earth

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
Foto - Chat

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Sukan ] Padang Stadium Nasional Bukit Jalil sudah terlalu uzur

Malisa Aina by Malisa Aina
August 13, 2013
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

barca-130809c

Berikutan pemain hebat Lionel Messi dan pemain Barcelona lain tidak berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menjalani latihan Jumaat lalu, Datuk Seri Zolkples Embong tampil mengakui padang di stadium berkenaan sudah terlalu uzur dan mencapai tarikh luput, sekali gus tidak setanding dengan status stadium yang bertarf dunia.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu berkata penyelenggaraan yang lemah dan penggunaan yang berlebihan menjadi punca padang di Stadium Nasional Bukit Jalil rosak.

IKLAN

“Selain faktor cuaca iaitu hujan dan panas, penyelenggaraan yang lemah serta penggunaan yang berlebihan di atas padang itu menyebabkan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Rumput dan tanah di stadium itu perlu diganti keseluruhannya.

“Saya juga turut bersedih dengan keadaan padang itu yang mengundang kritikan banyak pihak kerana Kompleks Sukan Negara yang terletak Bukit Jalil merupakan venue bertaraf dunia,” kata Zolkples  kepada Kosmo.

Zolkples berkata, sepatutnya apabila para pelancong asing datang ke Kuala Lumpur, salah satu tempat yang wajib mereka kunjungi adalah Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi salah satu mercu tanda negara. Bagaimanapun, sesuatu yang memalukan apabila stadium itu tidak seperti stadium-stadium utama di negara lain. Selain itu, padang di Stadium Nasional Bukit Jalil juga boleh diibaratkan sama seperti padang-padang bola sepak yang boleh dilihat di tepi-tepi jalan dan kampung.

Dalam pada itu, Zolkples turut mencadangkan agar dihadkan penggunaan padang di situ selepas kerja-kerja naik taraf secara keseluruhan bermula Oktober depan.

“Selepas rumput baharu siap nanti, saya ingin memberi saranan kepada PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) untuk mengehadkan penggunaan padang itu bagi aktiviti-aktiviti yang penting sahaja terutama acara bola sepak.

“Sebelum ini, saya lihat Stadium Nasional Bukit Jalil sangat aktif digunakan bukan sahaja untuk perlawanan bola sepak tetapi bermacam-macam acara telah berlangsung di situ.

“Selain itu, pihak kontraktor yang menyelenggara padang itu seharusnya terdiri daripada pihak yang pakar dan yang paling ideal adalah pihak yang diberi kontrak menanam rumput di padang itu.

“Saya juga berharap, selepas ini biarlah stadium ini menjadi rujukan banyak pihak dan setanding dengan nama besar Stadium Nasional Bukit Jalil yang bertaraf dunia itu,” kata Zolkples.

Tags: [ Sukan ] Padang Stadium Nasional Bukit Jalil sudah terlalu uzurpadang stadiumpadang stadium nasional bukit jalilstadiumstadium nasional bukit jalil

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg
Berita & Isu Semasa

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - IKEA Malaysia / SAYS
Berita & Isu Semasa

IKEA Jual Beg Kitar Semula Walaupun Dah Salah Cetak, Tapi Sumpah Cool!

January 20, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan