Rata-rata media tempatan melahirkan rasa kecewa mereka terhadap penganjur program perlawanan bola sepak persahabatan antara Barcelona dan Malaysia XI baru-baru ini. Malah, banyak dilihat artikel berkaitan dengan kekecewaan media terhadap penganjur yang dianggap berat sebelah langsung tidak pedulikan media tempatan.
Malah, ada antara mereka yang memuat naik beberapa gambar situasi sebenar yang boleh diibaratkan seperti ‘dianak tirikan’ oleh penganjur perlawanan tersebut.
Bukan itu sahaja, salah seorang petugas media yang bertugas semasa perlawanan tersebut turut kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk menemubual pemain Barcelona di kawasan ‘mix zone’.
“Waktu training hari Jumaat dekat Stadium Nasional Bukit Jalil, patutnya dekat mix zone organiser kena guide dua players Barca untuk di-interview local media, tapi takde pun orang-orang BSC ni yang buat kerja untuk bawa ‘players’ tu.
“Tapi international media dapat la interview players-players yang reti cakap Spanish sebab sure players pun kenal diorang, so (players) akan stop la untuk di-interview.
“Kat mix zone ni pun diasingkan tempat untuk local dan international media. Bila players Barca semua dah naik bas tanpa kami dapat interview seorang pun, kami naik atas jumpa orang (staff) BSC yg handle media, nama dia *.
“Dia kata mana ada penganjur janjikan untuk bagi kami interview 2 players (sedangkan dalam intenerari memang ada tulis) dan dia kata ikut ‘LUCK’ kami je la kalau players tu nak stop utk di-interview or tak. So players takkan stop la kalau organiser tak arahkan,” jelas salah seorang wartawan sukan tempatan yang enggan identitinya dikenalpasti.
Kenapa mesti penganjur berkata sesi temubual tersebut adalah ‘luck’? Sedangkan dalam aturcara majlis jelas tertulis. Mungkin perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kurangnya pengalaman menguruskan perlawanan di peringkat antarabangsa oleh penganjur.
Kami ingin kongsikan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh seorang Editor The Malay Mail berkaitan isu ini. Gambar yang dimuat naik oleh Haresh menunjukkan perbezaan kawasan tempat duduk yang disediakan oleh penganjur kepada petugas media antarabangsa dan media Malaysia.
Pada awalnya, petugas Malaysia hanya diberi tempat duduk di bahagian belakang atas sebaliknya media antarabangsa disediakan tempat duduk hadapan.
Setelah perkara tersebut diadu oleh Pegawai Media FAM, Joe Marcose, pihak penganjur membuat penyusunan semula tempat duduk.
“Telah pergi banyak majlis antarabangsa, pertama kali melihat perbezaan antara media antarabangsa dan Malaysia,” memetik kapsyen foto yang dimuat naik Haresh.
Malah, Haresh turut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pertukaran venue secara tiba-tiba kurang daripada 24 jam.
“Pegawai Barcelona sudah datang sebulan lebih awal untuk melihat stadium. Tetapi kenapa masih bersetuju untuk mengadakan perlawanan di stadium tersebut jika keadaan padang tak mengizinkan?”
“Kita kena fikir penonton-penonton yang datang dari jauh, ada juga dari luar negara. Mereka telah tempah bilik hotel yang berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil.
Antara artikel berkaitan ketidakpuasan hati terhadap penganjur
Barcelona VS MAS: SAM kecewa cara media dilayan
SAM desak FAM ambil tindakan terhadap penganjur – Utusan Online
Khairy kecewa dengan pihak penganjur – Stadium Astro
artikel berkaitan This is not another Kollywood flick — Haresh Deol