Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

‘The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ : Paklah beri penjelasan mengenai buku kontroversi

by Aida Sue
August 13, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

theawakening

Begitu banyak kontroversi mengenai buku ‘The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ tak kira sama ada kontroversi melibatkan Tun Abdulllah Ahmad Badawi sewaktu pemerintahannya menjadi Perdana Menteri sendiri, kontroversi melibatkan Tun Mahathir selaku mantan Perdana Menteri sebelum diambil alih Paklah,kontroversi ‘tidur’nya dan pelbagai kali konspirasi yang panas hingga ke hari ini. Dalam akhbar Sinar Harian, satu temuramah Ridhuan Tee bersama Tun Abdullah yang telah memberikan penjelasan kepada spekulasi dan kontroversi buku tersebut. Berikut adalah beberapa perkara utama daripada hasil temubual bersama Tun Abdullah :

1. Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh beliau ( Tun Abdullah ) . Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

IKLAN

2. Kedua, beliau sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi beliau ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut beliau sendiri.

3. Ketiga, beliau tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era beliau tidak terlepas dari kajian ilmiah. Beliau cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasannya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

4. Keempat, oleh kerana beliau bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura – kalaupun benar – adalah keputusan penerbit buku, bukan beliau.

5. Kelima, beliau tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana beliau tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh beliau. Beliau cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan beliau menjadi tumpuan pembaca.

Berlatar belakangkan fakta-fakta di atas, beliau berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang ‘buku Pak Lah’.
Tambah Paklah lagi, ” Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan Umno dan insya-ALLAH bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya.”

Dipetik dari Sinar Harian 

IKLAN
Tags: ‘The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ : Paklah beri penjelasan mengenai buku kontroversiawakening pak lahawakening paklahbuku kontroversi awakeningbuku pak lahbuku paklahpaklahpenjelasan paklah awakeningThe Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan