Selepas artikel mengenai seorang pengunjung restoran makanan segera McDonald’s yang telah menemui telur lipas di dalam burger Samurai Chicken Burger yang telah dibeli olehnya di McD cawangan Mont Kiara disiarkan, pihak McDonald’s Malaysia telah menghantar maklum balas yang pantas dan berikut adalah kandungan emel tersebut :
Response from McDonald’s Malaysia re: Customer Query @ Mont Kiara,5th August 2013
“At McDonald’s, our customers’ safety and well-being is of highest priority. We uphold the most stringent food safety and cleanliness practices consistent with our global standards, so that our customers can enjoy safe and great-tasting food at all times.
In regard to this incident, our investigations revealed no traces of pest infestation at our restaurant, and proper procedures were adhered to throughout the preparation of the product. As such, the findings of our investigation does not support the claim that the foreign matter originated from our restaurant. We are reaching out to the customer to address the concerns.
Respon daripada McDonald Malaysia : Pertanyaan Pelanggan @ Mont Kiara, 5 Ogos 2013
“Bagi McDonald, keselamatan pelanggan kami dan kesejahteraan adalah keutamaan tertinggi. Kami mengamalkan prinsip keselamatan makanan yang paling ketat dan amalan kebersihan selaras dengan standard global kami, supaya pelanggan kami boleh menikmati makanan yang selamat pada setiap masa.
Sehubungan dengan kejadian ini, siasatan kami menunjukkan tiada kesan serangan serangga perosak di restoran kami, dan prosedur yang betul telah dipatuhi sepanjang penyediaan produk. Oleh itu, hasil siasatan kami tidak menyokong dakwaan bahawa bendasing tersebut berasal dari restoran kami. Kami sedang menghubungi pelanggan untuk menangani masalah ini. “
Selain itu juga, selepas pelanggan tersebut menjumpai telur lipas berkenaan di dalam burger beliau, dia telah datang semula ke McDonald’s Mont Kiara dan telah mendapat burger gantian beserta naget dan pekerja di restoran makanan segera berkenaan telah pun bertanya sama ada pelanggan sihat ataupun tidak. Objek tersebut tidak pasti datangnya dari mana kerana pelanggan tersebut membeli makanan segera secara bawa pulang dan bukan makan di restoran berkenaan. Harapnya segalanya jelas selepas ini.