
Setiap hari ada sahaja kes bunuh di Malaysia tak kiralah guna senjata apa sekalipun. Berita menyayat hati ini mengenai seorang pemilik restoran nasi kukus yang telah ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di badan dipercayai menjadi mangsa samun di depan Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka, Dungun, Terengganu , hari ini.
Menurut laporan berita Harian Metro juga, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di hadapan premisnya oleh seorang pemuda berusia 27 tahun kira-kira jam 7.30 pagi.
Dipercayai, mangsa sedang menunggu seseorang di dalam keretanya di lokasi berkenaan namun secara tiba-tiba seorang lelaki melepaskan satu das tembakan ke arahnya sebelum melarikan diri. Mangsa kemudian memandu keretanya dan berhenti di depan sebuah kedai makan berhampiran. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan kejadian.