Wow tahniah diucapkan kepada Mrs Malaysia Universe Carol Lee kerana berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Mrs Universe 2013, sekali gus menjadikan beliau sebagai rakyat Asia pertama yang memenangi pertandingan ratu antarabangsa.
Carol Lee berusia 39 tahun menerima mahkota pertandingan akhir pada 11 Ogos di The Westin Aruba Resort di Palm Beach, Caribbean. Penyampai berita dan bekas hos program bual bicara itu menewaskan 32 peserta di seluruh dunia yang bersaing bagi merangkul gelaran itu, serta turut mendapa gelaran “Mrs Popularity”.
Lee mendapat 88,649 undi dalam pertandingan yang diundi secara online oleh peminat, yang hampir disaingi oleh Mrs Amerika Syarikat, Amanda Grad yang mendapat 88,556 undi. Beliau menghabiskan masa selama 10 bulan untuk menyediakan persiapan dari segi fizikal dan mental untuk pertandingan itu.
Tema dan inisiatif untuk pertandingan itu pada tahun ini telah ‘Hentikan Keganasan Dalam Negara’, yang memperlihatkan perjuangan Lee dalam kempen di seluruh negara untuk membantu badan-badan bukan kerajaan dalam usaha memerangi keganasan rumah tangga terhadap wanita. Malah, pada pertandingan itu, Lee memakai pakaian yang direka khas oleh pereka fesyen Malaysia Calvin Ong. -mStar