MTV World Stage Live In Malaysia 2013 akan diadakan pada 8 September 2013 di Surf Beach, Sunway Lagoon. Bagi yang belum mendapatkan tiket ke MTV World Stage Live in Malaysia 2013, jangan risau kerana anda berpeluang untuk merebut pas masuk percuma dengan mengambil bahagian dalam permainan video di laman web worldstage.mtvasia.com. Jadi jangan lepaskan peluang anda kerana pertandingan permainan video ini bermula dari 29 Julai dan akan berakhir pada 27 Ogos 2013. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Antara yang bakal membuat persembahan adalah Robin Thicke, Far East Movement dan Joe Flizzow dan juga penampilan sulung kumpulan dari Korea, EXO. Rasanya, ini adalah kali pertama kumpulan EXO yang dianggotai oleh 12 orang ahli ini akan terbang dan perform di Malaysia bersama MTV.