Pengumuman semua!! Malaysia Airlines System (MAS) menawarkan tambang promosi sehingga 50 peratus diskaun dalam rangkaiannya bagi tempoh perjalanan 19 Ogos 2013 hingga 31 Mei 2014.
Menurut Muzammil Mohamad selaku Naib Presiden Kanan Kawasan Malaysia berkata, promosi berkenaan adalah lanjutan kepada hadiah sempena sambutan ulang tahun ke-40nya yang dilancarkan Oktober lalu. Malah, beliau berkata, tempahan bagi tambang promosi berkenaan mulai sekarang hingga 25 Ogos.
IKLAN
“Selepas Aidilfitri, keluarga kini membuat rancangan untuk percutian hujung tahun sempena cuti sekolah pula,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila ke Welcome to Malaysia Airlines.