Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Wanita hampir diragut ketika bersolat jemaah di masjid di Terengganu

by Aida Sue
August 15, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

kak-ani-ragut

Kejadian jenayah tatkala ini semakin berleluasa dan tidak terkawal. Seorang wanita empat anak trauma apabila mengalami kejadian hampir diragut  semasa sedang bersolat jemaah di dalam sebuah masjid di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Kejadian ini berlaku semasa hari raya ke 3 iaitu Sabtu lalu pada jam 8.40malam semasa sedang bersolat berjemaah di masjid tersebut.  Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah. Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

IKLAN

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.Dia juga telah menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu. Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit  tetapi gagal. Semasa solat pun memang wanita dan lelaki berhati-hati dan sentiasa alert dengan keadaan sekeliling terutamanya bila berada di masjid dan surau.

Tags: jenayahjenayah di malaysiaMalaysiaragut malaysiaWanita hampir diragut ketika bersolat jemaah di masjid di Terengganu
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan