Ha… lagi berita yang menambahkan runsing penduduk di Malaysia ini dimana sekarang ini, senjata boleh dibeli secara online sahaja. Sebuah laman Facebook, Malaysian Gun Shop telah diwujudkan pada hujung minggu lalu di mana jurujual pistol telah menyiarkan gambar-gambar senjata api dan peluru untuk dijual kepada rakyat awam. Senjata-senjata yang telah diambil gambar dan diletakkan juga harga diantara RM4, 000 hingga RM15, 000, berdasarkan jenis senjata. Dicipta oleh orang yang tidak dikenali, pihak berkuasa kini sedang memburu jurujual senjata tersebut.
Laman Facebook menarik perhatian dari beberapa pengguna, yang kemudiannya memberitahu pihak polis yang membawa kepada penutupan halaman berkenaan. Menurut laporan The Malay Mail Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandar Datuk Ku Chin Wah menyatakan bahawa polis sedang menyiasat kes itu untuk mengesan orang yang mencipta halaman berkenaan
Semudah tu sekarang ni nak beli senjata. AK-47 pun dijual dengan harga RM12,000 sahaja. patutlah kes tembak menembak berleluasa di Malaysia… Tapi dari mana datangnya semua senjata ni kalau bukan diseludup dari negara jiran.