Seorang gadis Korea mempunyai obsesi atau ketagihan yang pelik terhadap pemakaian bikini. Hal ini terjadi disebabkan dirinya dipaparkan di televisyen dan sejak itu ketagihan dan obsesinya menjadi semakin keterlaluan. Gadis yang bernama Yeonyun suka memakai bikini sehingga dia memakainya di rumah sepanjang masa. Hakikat bahawa bapa dan neneknya berada di rumah langsung tidak dihiraukan malah langsung tidak mengganggu ketagihan peliknya itu.
Yeonyun mempunyai potongan badan 34-24-35 dan mahu menjadi model bikini. Dia sentiasa memakai bikini dan menjadikan rumahnya sebagai pentas ‘catwalk’. Malah, lebih teruk lagi apabila dia turut memakai bikini ketika keluar berjalan dan langsung tidak mempedulikan tanggapan orang ramai melihatnya.
Walaupun gadis ini gembira dengan sikapnya tetapi ahli keluarganya kurang gembira dengan ketagihan melampau dirinya. Malah, ahli keluarganya bosan dengan sikap pelik Yeonyun dan sentiasa berharap agar gadis itu menghentikan tingkah laku yang aneh itu. – sumber