Betulkah ura-ura mengatakan pelakon cantik Fathia bercinta dengan hero tinggi lampai Aiman Hakim Ridza? Kami ada juga lihat kemesraan mereka berdua tetapi tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Tetapi, baru-baru ini Nur Fathia Latif mengakui kini sedang dilamun cinta dengan pasangannya dalam telefilem Diandra, Aiman Hakim Ridza. Wow, kiranya betullah nie…:)
Malah, sebelum ini memang sudah dengar banyak berita mengatakan pasangan pelakon ini sedang bercinta namun kedua-duanya ketika itu mengunci mulut mengenai kesahihan perkara terbabit.
“Memang kami tidak bercinta sepanjang pembikinan telefilem itu, tapi tidak dinafikan ia menjadi permulaan untuk kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik,” katanya yang dipetik menerusi Metro.
Fathia mengatakan dia membuat pengakuan sedemikian kerana enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana gosip mengatakan dirinya sedang bercinta dengan orang kenamaan sedangkan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.
Semoga hubungan pasangan sama cantik sama padan ini akan mekar sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.