Anda peminat KPOP? Anda nak tengok konsert KPOP? Nak tiket? Samsung Malaysia Electronics memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi tiket untuk Samsung GALAXY Music 2013 CNBLUE BLUE MOON World Tour Live di Malaysia di Stadium Negara pada hari Sabtu, 24 Ogos.
Kumpulan rock yang terdiri daripada Jung Yong-hwa, Lee Jong-hyun, Lee Jung Shin dan Kang Min-Hyuk bersedia untuk memberikan prestasi yang meriah kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah pembukaan BLUE MOON World Tour 2013. Teruja okay!!!
Samsung menawarkan peminat CNBLUE yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Boice’, peluang untuk memenangi secara eksklusif ‘meet and greet’ pas berserta tiket konsert. Untuk memenangi ‘meet and greet’ pas dan tiket konsert, mereka perlu ikut langkah-langkah mudah:
- Layari Samsung Mobile Malaysia Facebook
- Klik pada ‘Find CNBLUE on Your GALAXY’ app dan ikut langkah seterusnya
- Pertandingan ini akan berlangsung dari Khamis 15 Ogos hingga Rabu, 21 Ogos
Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung GALAXY Music 2013 CNBLUE BLUE MOON World Tour Live di Malaysia, boleh layari www.samsung.com/my atau Samsung Malaysia Facebook www.facebook.com/