Jangan terkejut okay, Oprah Winfrey dilaporkan hisap dadah. Menurut laporan mStar Online, pengacara berpengaruh, Oprah Winfrey mengakui pernah menghisap dadah jenis marijuana pada tahun 1982. Oprah membuat pengakuan dalam program Watch What Happens Live bersama Andy Cohen baru-baru ini.
Oprah membuat pengakuan itu selepas menjawab pertanyaan Andy dalam segmen Plead the Fith yang mana wanita berkenaan perlu menjawab soalan dengan jujur tentang dirinya. Andy turut berjenaka tentang jawapan Oprah itu dengan mengajak selebriti terkenal itu menghisap dadah selepas rancangan itu berakhir.
IKLAN