• Latest
[ Isu Semasa ] Bekas guru terkilan diberhentikan kerja kerana sambung belajar

[ Isu Semasa ] Bekas guru terkilan diberhentikan kerja kerana sambung belajar

August 19, 2013
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Bekas guru terkilan diberhentikan kerja kerana sambung belajar

Malisa Aina by Malisa Aina
August 19, 2013
[ Isu Semasa ] Bekas guru terkilan diberhentikan kerja kerana sambung belajar
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

image

Memang tak patut, takkan sebab nak sambung belajar diberhentikan kerja… Kami nak ceritakan tentang seorang bekas guru melahirkan rasa terkilan dan kecewa selepas dia mendakwa dirinya diberhentikan kerja ekoran tindakannya menyambung pelajaran di peringkat ijazah di sebuah universiti. Mangsa, Ismail Omar yang berusia 57 berkata lebih menyedihkan lagi apabila dia diberhentikan kerja ketika perkhidmatannya sebagai guru berbaki hanya setahun sebelum berpencen.

“Saya terkilan dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan kerja sebagai guru ketika hampir pencen, sedangkan sudah berkhidmat selama 30 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tun Hussin Onn di sini.

Ismail berkata, kerana hukuman itu dia kehilangan segala hak dan faedah termasuk pencen, selain seolah-olah melakukan satu kesilapan besar walhal dia hanya menyambung pelajaran. Menurutnya, dia memohon cuti untuk menyambung pelajaran dengan bergaji penuh, selain mendakwa mengikut segala peraturan ditetapkan.

“Selepas 10 bulan mengikuti kuliah, saya diberitahu permohonan untuk bercuti bagi menyambung pelajaran tidak diluluskan dan perlu kembali menyambung tugas.

“Saya mengikut arahan yang diberikan dan berhenti belajar sebelum menyambung semula tugas sebagai guru,” katanya.

Ismail mendakwa, selain tidak menerima gaji, dia dikatakan berhutang kepada kerajaan serta diminta membayar hutang berjumlah RM22,279.

“Sudahlah saya tidak menerima gaji, malah disuruh membayar hutang pula dan saya tidak mempunyai wang simpanan lagi,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa memohon pertukaran sekolah yang berhampiran dengan rumahnya di Seberang Jaya kerana tanpa gaji, dia tidak mampu untuk berulang alik ke sekolah di Bayan Baru.

“Permohonan saya berjaya dan saya bertugas seperti biasa selain turut mendapat gaji seperti sebelum ini, namun saya terkejut apabila diberi surat diberhentikan kerja pada Disember 2011,” katanya.

Dia yang kecewa berasa teraniaya selain berharap pihak terlibat dapat menilai kembali konflik yang dihadapi kerana masih perlu menyara isterinya yang menghidap strok dan dua anaknya masih belajar.

“Saya sudah tidak tahu untuk mengadu kepada siapa dan jalan terakhir adalah dengan meminta bantuan media,” katanya yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sudah mengambil tindakan itu kerana Ismail tidak mengikut prosedur yang betul sebagai penjawat awam. Katanya, Ismail diberhentikan dengan cara yang betul selepas siasatan yang dijalankan SPP yang mendapati dia telah ingkar.

Dari sumber asal sinar harian

Tags: [ Isu Semasa ] Bekas guru terkilan diberhentikan kerja kerana sambung belajarbekas guruguru dipecatsambung belajarseorang guru
Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut
Berita & Isu Semasa

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf
Berita & Isu Semasa

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan